ZBC TM Melaka

Sunday 16 March 2014

KARNIVAL JALUR LEBAR HYPPNORMOUS JEBAT

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Tahun 2014 bakal menyaksikan TM menembusi  seluruh Negeri Melaka dengan produk-produk terbaru, terkini dan dengan promosi yang menarik khusus untuk pelanggan TM dan bakal pelanggan TM.

Dengan semangat Game Changer 2014, TM Consumer Melaka beserta ZBC Jebat  telah menjayakan Karnival Jalur Lebar Hyppnormous Jebat di Taman Bukit Rambai pada 8-9 Mac 2014. Dengan komitmen dari 10 team pada hari Sabtu dan 10 team pada hari Ahad, taman-taman sekitar Bukit Rambai diredah untuk membuat jualan baru UNIFI, peningkatan pakej, dan mempromosi pakej Hyppnormous.

Majlis dirasmikan oleh SGM Melaka disaksikan oleh Pengerusi JKKK Taman Tn Hj Rahim dan semua yang hadir.

Pelbagai acara diadakan dan kita saksikan sedikit gambar menarik sepanjang karnival ini:-

SGM En. Rozlan Mohamed,Pengerusi JKKK Taman Tn Hj Rahim, Mentor & Leader ZBC Jebat, En Imran dan En Saad bersama team ZBC dan penduduk yang hadir begitu fokus mendengar kata permulaan dari pengacara majlis sebelum acara dimulakan  

Bersemangat penuh membara pasukan TM Consumer Melaka bersama ZBC Jebat dengan War Cry mereka
Kibaran bendera Malaysia dan bendera TM menaikkan semangat peserta karnival.Steady team!!
Taklimat & Penerangan berkenaan Jenayah Kecurian Kabel oleh SLO Cable Theft TM Selatan,
En Moktar Siron
Aktiviti Mewarna bersama anak-anak Taman Bukit Rambai. Puan Wati ceria melayan peserta :)
Pertandingan meniup belon. Jaga-jaga diK

Pertandingan kerusi beracun. Rebut dik rebut..
Pertandingan membuat layang-layang.

Pertandingan gubahan bunga.Senyum lebar kakak kita
Pertandingan menganyam ketupat
Kelas basic IT bersama Cikgu Eddy dari Flying Squad CSM,dilihat juga didalam gambar
 Abg Ami & Abg Nik
Ternyata Adik-adik celik IT gembira mendapat pengetahuan bermanfaat ini
 
En Imran bersama Chef Zaki. Terima kasih chef berkongsi ilmu mengukir buah-buahan bersama peserta
 
Dan kita saksikan sebahagian gambar team consumer dan Zon Jebat yang berjaya mendapat pelanggan. Alhamdulillah Syabas....!!

 
 
Otai En Rozan masih berbisa.



 
 
 
Terbaik!!!!
 
TMOW turut dikunjungi pelanggan untuk urusan pembayaran bil dsbnya. Good customer..
YB Lim Ban Hong turut hadir menunjukkan sokongan terhadap TM.Terima kasih YB.
 
 
 
TERIMA KASIH!!SYABAS!!&TAHNIAH SEMUA
KUTIPAN KESELURUHAN : RM129,348.90 :)
 
 
 
 
 
 
 



 



Monday 1 April 2013

Singgah la di Kaunter Promosi TM

TM Sentiasa ingin mendekatkan diri dengan pelanggan dan memberi pakej promosi yang menjimatkan dan berbaloi kepada semua pelanggan. Kaunter Promosi Taman Semabok Perdana, Melaka Kaunter Promosi di JPN, Melaka Karnival di Merak Mas Bukit Katil Melaka *Jika anda tiada kelapangan untuk ke TMPoint berdekatan, dan jika anda terserempak dengan mana-mana kaunter yang dibuka oleh TM, sudi-sudilah singgah untuk mendapatkan pakej menarik serta promosi terkini dari TM. We make sure you satisfied with TM.:)

Monday 21 May 2012

Program Gotong-Royong CSR-SL1M TM 2012

Pada 20 Mei 2012, Pihak TM Melaka dengan kerjasama Universiti Multimedia Melaka, Unit PR/AP, TM Melaka, Unit Operasi Perniagaan Modal Insan,TM Melaka, dan Kumpulan
Pengurusan Modal Insan, Ibu Pejabat TM telah menganjurkan Program Gotong-Royong CSR-SL1M TM 2012 yang telah diadakan di Pantai Kampung Balik Bukit, Tanjung Kling, Melaka. Program ini telah berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari.
Matlamat program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara Kumpulan TM Melaka dengan penduduk kampung Balik Bukit, Tanjung Kling, Melaka, serta mendedahkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kepada pelatih-pelatih SL1M.
Program ini telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dengan penyertaan dan kehadiran 100 pelatih SL1M, 50 penduduk kampung Balik Bukit, Tanjung Kling, Melaka, 25 anggota Universiti Multimedia Melaka dan 30 anggota TM Melaka.

Sebelum program bermula, taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Zulkifli Mansor, Penolong Pengurus, Operasi Perniagaan Modal Insan, TM Melaka mengenai kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan, peralatan gotong-royong yang telah disediakan dan perkara lain berkaitan aktiviti gotong-royong tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Ab. Rahaman Hj Ab. Karim, ADUN Pantai Kundor merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan.
Negeri Melaka. Yang Berhormat Datuk menunjukkan sokongan yang jitu dengan kehadiran dan ucapan beliau pada hari tersebut walaupun jadual beliau padat tetapi masih meluangkan masa untuk menghadiri serta merasmikan program ini.

Senarai jemputan VIP  yang turut bersama-sama memberikan sokongan adalah :-

1.Yang Berbahagia En. Rozlan Mohamed, Pengurus Besar TM Negeri Melaka
2.Yang Berbahagia Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar B. Md. Diah
3.Yang Berbahagia En. Azman Shah Mohamad, Pengurus Besar Bahagian Imbuhan Dan Prestasi,  
    Kumpulan Pengurusan Modal Insan, Ibu Pejabat TM
4.Yang Berusaha Puan Doktor Madhubala Bava Harji, Pengarah Fosee Universiti Multimedia   
    Melaka
5.Yang Berusaha En. Shamsul Bahrin Mohamad, Penolong Pengurus Besar, Unit Perancangan  
   Modal Insan, Kumpulan Pengurusan Modal Insan, Ibu pejabat TM merangkap Pengarah Projek 
   SL1M 2012.
6. Yang Berusaha Puan Nor Hamizwa Mohd Nor, Penolong Pengurus Besar, Operasi Perniagaan   
    Modal Insan, Kawasan Selatan TM.
7. Yang Dihormati Encik Khairulazni Bin Baharudin, Pengerusi JKK Tanjung Kling, Melaka
7. Tuan Roslan Abdul Aziz, Ketua Balai Polis Tanjung Kling, Melaka
8. Ahli Majlis MBMB, Tuan Hj. Kassim Bin Karim
9. Tuan Hj. Abu Bakar, selaku pembaca doa untuk majlis ini

Semua peserta yang menyertai program ini dilihat begitu bersemangat di samping menunjukkan ikatan kesepakatan dan saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti gotong-royong ini.

Segenap kawasan pantai Balik Bukit, Tanjung Kling telah berjaya dibersihkan oleh peserta-peserta program. Pihak MBMB juga bersama-sama menunjukkan sokongan dengan menghulurkan bantuan dalam mengangkut sampah yang telah dikumpul dan dibersihkan oleh peserta-peserta program ini.

Di samping itu juga, gerai jualan TM Melaka juga telah dibuka pada hari tersebut dengan memberi pakej promosi istimewa kepada penduduk kampung serta peserta program iaitu dengan melanggan pakej talian telefon serta internet dari TM, notebook HP percuma akan diberikan, terhad untuk hari tersebut sahaja.

Untuk penutup program, acara karaoke serta acara cabutan bertuah telah diadakan, dilihat ramai peserta yang berbakat mendendangkan lagu. Yang Berbahagia En. Rozlan Mohamed, Pengurus Besar TM Negeri Melaka juga tidak terlepas untuk mendendangkan sebuah lagu kepada semua peserta pada hari tersebut. Acara cabutan bertuah amat dinantikan oleh semua peserta dan ini memperlihatkan tanda penghargaan kepada semua peserta yang terlibat selepas penat melakukan aktiviti gotong-royong.

Sememangnya Program Gotong-Royong CSR-SL1M TM 2012 telah mencapai matlamat dengan jayanya. Pihak TM Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk program yang dianjurkan ini.








Tuesday 20 March 2012

HC Turun Padang 16&17 Mac 2012 Melaka

HC Turun Padang ataupun Human Capital Turun Padang adalah aktiviti yang dianjurkan oleh TM pada setiap tahun dan di setiap negeri. Untuk pembukaan bagi tahun 2012, aktiviti HC Turun Padang ini dilakukan di Melaka terlebih dahulu. Program ini adalah salah satu inisiatif semua warga TM
yang terlibat bersama-sama menbantu dalam meningkatkan nama serta penjualan produk TM
. Bukan saja itu, program ini adalah untuk merapatkan hubungan 1 TM diantara warga kerja TM HQ dan warga kerja TM Melaka.

Program ini dianjurkan  selama 2 hari bermula pada 16hb Mac 2012,Jumaat dan berakhir pada 17 Mac 2012 di Melaka. Seramai lebih kurang 220 orang warga TM yang terdiri daripada warga kerja TM HQ, TM Bikerz, TM Melaka, Team Production serta AJK-AJK telah menjayakan program ini juga menjadi peserta bagi aktiviti yang diaturkan.

Persiapan program telah direncanakan sebulan lebih awal dan pembahagian kerja kepada AJK-AJK yang terlibat iaitu di antara warga kerja HQ dan warga kerja Melaka telah dilaksanakan agar program berjalan seperti yang diharapkan.

Aktiviti HC Turun Padang pertama yang telah dijalankan adalah aktiviti rondaan malam (kabel), dimana pada hari pertama 16 Mac 2012, seramai 6 orang warga HQ KL terlebih dahulu sampai ke TM MITC Melaka untuk aktiviti pertama ini. Aktiviti bermula pada malam hari, sebanyak 3 kumpulan rondaan malam (kabel) yang terdiri daripada 12 orang peserta telah memberanikan diri serta menunjukkan semangat yang kuat untuk melakukan menjalankan aktiviti rondaan (kabel) ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memantau pada waktu malam jika terdapat sebarang pencerobohan kawasan TM atau kecurian kabel-kabel TM. Semangat dan keberanian mereka dipuji.

Seawal 7.30 pagi kaunter pendaftaran telah dikunjungi oleh peserta negeri Melaka dan kehadiran VVIP TM menyusul iaitu :-

1. Yang Berbahagia Encik Mohd Khalis Abdul Rahim Chief Human Capital Officer

2. Dr Zainal Abu Zarim Vice President, HC Planning & Leadership Development

3. YB Dato' Sharif Zaimi Hj Abu Hashim GM, HC Business Operations

4. En Ahmad Khairul Razi Ismail GM, Employee Engagement

5. Pn Zabedah Binti Mohd Som GM, Human Capital Biz Partner IT&NT

6. Azman Shah Bin Mohamed GM, Rem & Perf Mgmt

7. En Shamsul Anuar Bin Yahaya GM, IT Strategy & Governance

8. En Rozlan Mohamed State GM Melaka

9. Mohamed Tajul Mohamed Sultan GM, RNO Southern Region

10. Pn Nor Hamizwa Mohd Nor AGM, Human Capital Business Operation,

       Southern Region

11. En Abdul Moin Bin Hassan AGM, Fin. Control & Bus. Support

Kunjungan Warga Kerja TM HQ iaitu dengan 2 buah bas serta 30 TM Bikerz yang dinanti telah sampai ke Menara TM MITC Melaka pada jam 9.30 pagi untuk pendaftaran
Kehadiran warga kerja KL HQ juga sebagai peserta untuk program ini
Team TM Bikerz dinantikan oleh semua yang hadir
Sesi pendaftaran
Team War Cry melaungkan War Cry mereka dan disorak oleh semua yang hadir
 
Selesai mendaftar, acara dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Puan Salfariza dan semua warga unit PR Melaka, diikuti bacaan doa, koir dan war cry Melaka.

Program kemudian dimulakan dengan ucapan Aluan En Rozlan Mohamed, Pengurus Besar Negeri Melaka diikuti Ucapan dan Perasmian oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Modal Insan TM.

Gambar seperti di bawah:-

Barisan VVIP yang hadir
Ucapan Pengurus Besar Negeri Melaka

Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Modal Insan TM dan kemudian perasmian oleh beliau
Flagged Off telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Modal Insan TM dengan meriah dan kesemua peserta berlepas ke lokasi yang ditempatkan dengan hati yang berdebar bercampur gembira kerana tidak mengetahui apakah cabaran yang mereka bakal hadapi dalam aktiviti yang telah ditugaskan kepada mereka.

Berikut adalah gambar sebelum Flagged Off dilakukan dan selepas disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim:-
VVIP merakamkan gambar bersama semua peserta
Peserta bersemangat dan gembira untuk program ini
Flagged Off disempurnakan oleh semua VVIP yang diketuai oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim

Sokongan dan sorakan  sebagai pembakar semangat kepada semua peserta
Bagi aktiviti yang telah direncanakan, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu SME Sales (7 kumpulan), Consumer Sales (10 kumpulan),Telemarketing Consumer Sales(1 kumpulan), BSQM & TSSB(1 kumpulan), ZFT (7 kumpulan), Malaysian Security (3 kumpulan, Collection (6 kumpulan), OSHE (1 kumpulan), dan HC SSO (2 kumpulan) yang memfokuskan kepada 4 penjuru iaitu:-
* Jualan
* Kutipan
* Pemasangan Unifi/”trouble shooting”Unifi
* Pembersihan/tampal sticker iklan

Para VVIP juga mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan untuk turut merasai pengalaman para peserta.

Gambar-gambar memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang telah disempurnakan oleh semua VVIP TM dan para peserta:-

VVIP mengunjungi rumah pelanggan dan melihat sendiri anggota TM memasang UNIFI
VVIP kemudian menampal pelekat-pelekat TM WIFI di kawasan yang mempunyai WIFI TM
Peserta menerangkan promosi dan pakej TM kepada pelanggan
Peserta menerangkan promosi dan pakej TM kepada pelanggan
Aktiviti berakhir pada jam 5.00 petang dan pelbagai maklum balas dan pengalaman yang dikongsi
oleh peserta contohnya:-

Shuhaida Binti Suhaimi  CS Team 3
Pengalaman membuat sales: kata beliau
Seronok pergi rumah customer dan berhubung dengan pelanggan,
Dapat memberi info terbaru mengenai pakej yang TM ada sekarang,
Dapat bekerja secara berkumpulan dengan baik sekali di antara warga kerja KL dan Melaka

Dapat release tension kerana selalu kerja dalam office.

Kesimpulannya beliau iaitu penat tetapi seronok
Siti Nur Bainah Binti Mat Yusoff ZFT Team 3
Pengalaman cuci kabel:kata beliau
Menarik kerana dapat kerja bersama-sama orang teknikal dan  warga kerja Melaka
Kini dapat mengetahui masalah orang teknikal
Terdapat lebih kurang 13 kabinet yang tidak ditampal logo TM, jadi perlu tampal sticket TM agar orang luar tidak akan menampal sesuka hati mereka

Serta keselamatan amat penting kerana tampal jika ada urusan berkenaan cabinet in
Raja Mahadi Bin Raja Shahrom SME Team 1
Mencabar sebab kali pertama buat sales, sabab kerja sekarang dalam IR

Dapat bersemuka dengan pelanggan dan dapat rasa pengalaman tersebut

Kemudian perasaan hampa pun ada sebab customer tidak berminat dan faham betapa penatnya nak cari pelanggan.
Penat  tetapi akan terus mencuba.

SYABAS KALIAN...
Keputusan yang dinanti iaitu jumlah kutipan bagi aktiviti yang dijalankan telah diumumkan pada Jamuan Makan Malam di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka.

Gambar di bawah adalah sekitar Jamuan Makan Malam serta penutup untuk Progran 'HC Turun Padang, Melaka'

Meja makan VVIP
Peserta khusyuk mendengar ucapan dari VVIP pada malam tersebut
Masa yang dinantikan telah tiba, dengan ini keputusan yang amat mengejutkan dan memberangsangkan iaitu TM Melaka dengan kerjasama TM HQ KL dan pesertanya khusus unutk program ini telah berjaya mendapat Jumlah Jualan dan seperti di bawah:-

Collection (CMU) = RM 131,570.37

SME Sales = RM 224,613.85

Consumer Sales = RM 282,012.00

----------------

Total = RM 638,196.22

================

Semua peserta yang mengungguli bahagian Jualan dan Kutipan diberikan hadiah berupa hamper dan
sudah tentunya semua merasakan program ini berjaya mencapat matlamat dan sebagai pemangkin kepada semua untuk bekerja lebih keras demi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan SYABAS kedengaran dari En Rozlan Mohamed, State GM Melaka kepada semua.:)

-Fiza HCBO Melaka-





UNIFI Party di YU HWA , 25 & 26 Februari 2012

Salam 1 TM,

Pada 25 & 26 Februari 2012 lepas, pasukan TM Melaka telah mengadakan UNIFI Party di YU HWA Badminton Hall di Taman Widuri Melaka dan objektif penganjuran ini adalah untuk mendekatkan pelanggan dengan syarikat TM serta mendedahkan pelanggan serta penduduk setempat kepada produk baru TM iaitu UNIFI. Majlis telah mendapat sambutan dari segi penjualan, penerimaan promosi serta turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan.

Di bawah adalah gambar-gambar di majlis yang dianjurkan:-

Pelanggan berminat dengan pakej yang ditawarkan dan sekaligus mendaftar sebagai pelanggan TM pada hari tersebut

Pertandingan meniup belon TM, anak-anak pelanggan berusaha meniup belon dan ada juga yang takut apabila belon tersebut meletup,lucu dan meriah ketika ini
Pertandingan mewarna juga diadakan untuk menarik minat serta mendedahkan anak-anak pelanggan kepada TM

Pertandingan kerusi beracun memperlihatkan keadaan yang lucu apabila anak-anak berebut untuk mendapatkan kerusi demi mendapatkan hadiah dari TM

Hadiah-hadiah hamper yang disediakan untuk diberi kepada kanak-kanak yang menang dalam pertandingan di atas
Antara kanak-kanak yang menang pada hari tersebut..''haiii dik, dapat hamper pun sedih ke...kl xnk bagi akak..''hehe

Dengan itu, pihak TM, dan team Sales TM khususnya mengucapkan setingi-tinggi penghargaan kepada penduduk setempat dan semua pelanggan TM yang hadir ke UNIFI Party ini kerana memberi sambutan dan sokongan kepada produk TM. Disebabkan itu, Team Sales TM pada hari tersebut berjaya dengan pulangan RM155,412.

SYABASSSS Team Sales dan Terima Kasih kepada yang hadir.Sokongan anda adalah tulang belakang kami. -Fiza HCBO Melaka-

Sampai jumpa lagi dengan perkhabaran yang menggembirakan:)))))