ZBC TM Melaka

Wednesday 7 March 2012

Aktiviti Promosi dan Jualan TM Melaka sempena Karnival Pra-GP Joran Berita Harian 2012

Salam 1 TM dan Selamat Datang ke blog ZBC Hang Jebat.Post pertama untuk blog kita adalah aktiviti TM semasa di  Karnival Pra-GP Joran Berita Harian 2012 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka yang berlangsung pada 5-6 Mac 2012 yang lepas. Sebelum bercerita mengenai penglibatan TM pada acara tersebut, boleh dikatakan Memang meriah dengan ramai pengunjung serta hadiah yang dipertandingkan menarik minat kaki pancing seluruh Malaysia.
Mana la tak menarik minat pertandingan memancing pra GP Joran 2012 ini menawarkan wang tunai keseluruhan RM46,500 kepada pemenang. Juara bakal membawa pulang wang tunai RM20,000, tempat kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000 serta hadiah berupa peralatan memancing dan hamper dari penaja. Amboiiiiiiii...bertuah si Juara kaki pancing.

Gambar kaki pancing dan mungkin ada salah seorang peserta telah apply TM streamyz atau Unifi:)
Bercerita mengenai penglibatan anggota TM di acara yang meriah ini, Team TM dengan hati yang excited dan seronok turun padang untuk membuka booth dengan impian mempromosi justeru menjual produk-produk TM dengan jayanya, di samping tertanya-tanya siapakah pemenang hadiah RM20K.oo indah.
Berikut adalah gambar-gambar TM Team yang hadir ke acara.


Gambar di atas salah seorang anggota TM menerangkan mengenai pakej yang ditawarkan oleh TM, Encik2 kakak2 boleh pilih pakej streamyz dan pakej unifi harga yang ditawarkan sangat menarik beserta servis dan installation yg cepat dan tangkas dr team installation TM Melaka. Bukan saje itu,nk surf internet dan nk download lagu atau movie semuanya di hujung jari anda tekan je,tup dapat.x yah risau broadband x lekat kat USB drive, kami ade modem yg cun.bertambah bahagia.(Ok abg baju putih merokok sila jauh sikit kakak nk beri info pada customer..tq:))
TM On Wheel yang cool menarik minat pengunjung yang hadir ke acara.
TM On Wheel saya berhajat menaiki kamu satu hari nanti.Kak Malinda, nanti ajak la Fiza naik TMOW:):)

Lastly YAB KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundur, Ab Rahman Ab Karim (empat dari kiri) bergambar bersama pemenang dan sebahagian peserta Karnival Pra-GP Joran Berita Harian 2012 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Encik baju merah, tq support TM dan tahniah dpt tmpt kedua.:)hehe

Sampai kita jumpa lagi di post kedua,kalau ada apa-apa cerita pasal aktiviti TM Melaka, harap dapat kongsi dan bolehlah comment di blog ni..tq:).. Salam dari ZBC Hang Jebat-Fiza-HCBO Melaka-

InsyaAllah kami akan update lagi blog ini. Terima Kasih.
Kredit info: http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/index_html?idg=Pra-GPJoranPantaiPuteri

No comments:

Post a Comment