ZBC TM Melaka

Tuesday 20 March 2012

UNIFI Party di YU HWA , 25 & 26 Februari 2012

Salam 1 TM,

Pada 25 & 26 Februari 2012 lepas, pasukan TM Melaka telah mengadakan UNIFI Party di YU HWA Badminton Hall di Taman Widuri Melaka dan objektif penganjuran ini adalah untuk mendekatkan pelanggan dengan syarikat TM serta mendedahkan pelanggan serta penduduk setempat kepada produk baru TM iaitu UNIFI. Majlis telah mendapat sambutan dari segi penjualan, penerimaan promosi serta turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan.

Di bawah adalah gambar-gambar di majlis yang dianjurkan:-

Pelanggan berminat dengan pakej yang ditawarkan dan sekaligus mendaftar sebagai pelanggan TM pada hari tersebut

Pertandingan meniup belon TM, anak-anak pelanggan berusaha meniup belon dan ada juga yang takut apabila belon tersebut meletup,lucu dan meriah ketika ini
Pertandingan mewarna juga diadakan untuk menarik minat serta mendedahkan anak-anak pelanggan kepada TM

Pertandingan kerusi beracun memperlihatkan keadaan yang lucu apabila anak-anak berebut untuk mendapatkan kerusi demi mendapatkan hadiah dari TM

Hadiah-hadiah hamper yang disediakan untuk diberi kepada kanak-kanak yang menang dalam pertandingan di atas
Antara kanak-kanak yang menang pada hari tersebut..''haiii dik, dapat hamper pun sedih ke...kl xnk bagi akak..''hehe

Dengan itu, pihak TM, dan team Sales TM khususnya mengucapkan setingi-tinggi penghargaan kepada penduduk setempat dan semua pelanggan TM yang hadir ke UNIFI Party ini kerana memberi sambutan dan sokongan kepada produk TM. Disebabkan itu, Team Sales TM pada hari tersebut berjaya dengan pulangan RM155,412.

SYABASSSS Team Sales dan Terima Kasih kepada yang hadir.Sokongan anda adalah tulang belakang kami. -Fiza HCBO Melaka-

Sampai jumpa lagi dengan perkhabaran yang menggembirakan:)))))

No comments:

Post a Comment