ZBC TM Melaka

Tuesday 20 March 2012

HC Turun Padang 16&17 Mac 2012 Melaka

HC Turun Padang ataupun Human Capital Turun Padang adalah aktiviti yang dianjurkan oleh TM pada setiap tahun dan di setiap negeri. Untuk pembukaan bagi tahun 2012, aktiviti HC Turun Padang ini dilakukan di Melaka terlebih dahulu. Program ini adalah salah satu inisiatif semua warga TM
yang terlibat bersama-sama menbantu dalam meningkatkan nama serta penjualan produk TM
. Bukan saja itu, program ini adalah untuk merapatkan hubungan 1 TM diantara warga kerja TM HQ dan warga kerja TM Melaka.

Program ini dianjurkan  selama 2 hari bermula pada 16hb Mac 2012,Jumaat dan berakhir pada 17 Mac 2012 di Melaka. Seramai lebih kurang 220 orang warga TM yang terdiri daripada warga kerja TM HQ, TM Bikerz, TM Melaka, Team Production serta AJK-AJK telah menjayakan program ini juga menjadi peserta bagi aktiviti yang diaturkan.

Persiapan program telah direncanakan sebulan lebih awal dan pembahagian kerja kepada AJK-AJK yang terlibat iaitu di antara warga kerja HQ dan warga kerja Melaka telah dilaksanakan agar program berjalan seperti yang diharapkan.

Aktiviti HC Turun Padang pertama yang telah dijalankan adalah aktiviti rondaan malam (kabel), dimana pada hari pertama 16 Mac 2012, seramai 6 orang warga HQ KL terlebih dahulu sampai ke TM MITC Melaka untuk aktiviti pertama ini. Aktiviti bermula pada malam hari, sebanyak 3 kumpulan rondaan malam (kabel) yang terdiri daripada 12 orang peserta telah memberanikan diri serta menunjukkan semangat yang kuat untuk melakukan menjalankan aktiviti rondaan (kabel) ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memantau pada waktu malam jika terdapat sebarang pencerobohan kawasan TM atau kecurian kabel-kabel TM. Semangat dan keberanian mereka dipuji.

Seawal 7.30 pagi kaunter pendaftaran telah dikunjungi oleh peserta negeri Melaka dan kehadiran VVIP TM menyusul iaitu :-

1. Yang Berbahagia Encik Mohd Khalis Abdul Rahim Chief Human Capital Officer

2. Dr Zainal Abu Zarim Vice President, HC Planning & Leadership Development

3. YB Dato' Sharif Zaimi Hj Abu Hashim GM, HC Business Operations

4. En Ahmad Khairul Razi Ismail GM, Employee Engagement

5. Pn Zabedah Binti Mohd Som GM, Human Capital Biz Partner IT&NT

6. Azman Shah Bin Mohamed GM, Rem & Perf Mgmt

7. En Shamsul Anuar Bin Yahaya GM, IT Strategy & Governance

8. En Rozlan Mohamed State GM Melaka

9. Mohamed Tajul Mohamed Sultan GM, RNO Southern Region

10. Pn Nor Hamizwa Mohd Nor AGM, Human Capital Business Operation,

       Southern Region

11. En Abdul Moin Bin Hassan AGM, Fin. Control & Bus. Support

Kunjungan Warga Kerja TM HQ iaitu dengan 2 buah bas serta 30 TM Bikerz yang dinanti telah sampai ke Menara TM MITC Melaka pada jam 9.30 pagi untuk pendaftaran
Kehadiran warga kerja KL HQ juga sebagai peserta untuk program ini
Team TM Bikerz dinantikan oleh semua yang hadir
Sesi pendaftaran
Team War Cry melaungkan War Cry mereka dan disorak oleh semua yang hadir
 
Selesai mendaftar, acara dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Puan Salfariza dan semua warga unit PR Melaka, diikuti bacaan doa, koir dan war cry Melaka.

Program kemudian dimulakan dengan ucapan Aluan En Rozlan Mohamed, Pengurus Besar Negeri Melaka diikuti Ucapan dan Perasmian oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Modal Insan TM.

Gambar seperti di bawah:-

Barisan VVIP yang hadir
Ucapan Pengurus Besar Negeri Melaka

Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Modal Insan TM dan kemudian perasmian oleh beliau
Flagged Off telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Modal Insan TM dengan meriah dan kesemua peserta berlepas ke lokasi yang ditempatkan dengan hati yang berdebar bercampur gembira kerana tidak mengetahui apakah cabaran yang mereka bakal hadapi dalam aktiviti yang telah ditugaskan kepada mereka.

Berikut adalah gambar sebelum Flagged Off dilakukan dan selepas disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim:-
VVIP merakamkan gambar bersama semua peserta
Peserta bersemangat dan gembira untuk program ini
Flagged Off disempurnakan oleh semua VVIP yang diketuai oleh Yang Berbahagia En Mohd Khalis Abdul Rahim

Sokongan dan sorakan  sebagai pembakar semangat kepada semua peserta
Bagi aktiviti yang telah direncanakan, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu SME Sales (7 kumpulan), Consumer Sales (10 kumpulan),Telemarketing Consumer Sales(1 kumpulan), BSQM & TSSB(1 kumpulan), ZFT (7 kumpulan), Malaysian Security (3 kumpulan, Collection (6 kumpulan), OSHE (1 kumpulan), dan HC SSO (2 kumpulan) yang memfokuskan kepada 4 penjuru iaitu:-
* Jualan
* Kutipan
* Pemasangan Unifi/”trouble shooting”Unifi
* Pembersihan/tampal sticker iklan

Para VVIP juga mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan untuk turut merasai pengalaman para peserta.

Gambar-gambar memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang telah disempurnakan oleh semua VVIP TM dan para peserta:-

VVIP mengunjungi rumah pelanggan dan melihat sendiri anggota TM memasang UNIFI
VVIP kemudian menampal pelekat-pelekat TM WIFI di kawasan yang mempunyai WIFI TM
Peserta menerangkan promosi dan pakej TM kepada pelanggan
Peserta menerangkan promosi dan pakej TM kepada pelanggan
Aktiviti berakhir pada jam 5.00 petang dan pelbagai maklum balas dan pengalaman yang dikongsi
oleh peserta contohnya:-

Shuhaida Binti Suhaimi  CS Team 3
Pengalaman membuat sales: kata beliau
Seronok pergi rumah customer dan berhubung dengan pelanggan,
Dapat memberi info terbaru mengenai pakej yang TM ada sekarang,
Dapat bekerja secara berkumpulan dengan baik sekali di antara warga kerja KL dan Melaka

Dapat release tension kerana selalu kerja dalam office.

Kesimpulannya beliau iaitu penat tetapi seronok
Siti Nur Bainah Binti Mat Yusoff ZFT Team 3
Pengalaman cuci kabel:kata beliau
Menarik kerana dapat kerja bersama-sama orang teknikal dan  warga kerja Melaka
Kini dapat mengetahui masalah orang teknikal
Terdapat lebih kurang 13 kabinet yang tidak ditampal logo TM, jadi perlu tampal sticket TM agar orang luar tidak akan menampal sesuka hati mereka

Serta keselamatan amat penting kerana tampal jika ada urusan berkenaan cabinet in
Raja Mahadi Bin Raja Shahrom SME Team 1
Mencabar sebab kali pertama buat sales, sabab kerja sekarang dalam IR

Dapat bersemuka dengan pelanggan dan dapat rasa pengalaman tersebut

Kemudian perasaan hampa pun ada sebab customer tidak berminat dan faham betapa penatnya nak cari pelanggan.
Penat  tetapi akan terus mencuba.

SYABAS KALIAN...
Keputusan yang dinanti iaitu jumlah kutipan bagi aktiviti yang dijalankan telah diumumkan pada Jamuan Makan Malam di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka.

Gambar di bawah adalah sekitar Jamuan Makan Malam serta penutup untuk Progran 'HC Turun Padang, Melaka'

Meja makan VVIP
Peserta khusyuk mendengar ucapan dari VVIP pada malam tersebut
Masa yang dinantikan telah tiba, dengan ini keputusan yang amat mengejutkan dan memberangsangkan iaitu TM Melaka dengan kerjasama TM HQ KL dan pesertanya khusus unutk program ini telah berjaya mendapat Jumlah Jualan dan seperti di bawah:-

Collection (CMU) = RM 131,570.37

SME Sales = RM 224,613.85

Consumer Sales = RM 282,012.00

----------------

Total = RM 638,196.22

================

Semua peserta yang mengungguli bahagian Jualan dan Kutipan diberikan hadiah berupa hamper dan
sudah tentunya semua merasakan program ini berjaya mencapat matlamat dan sebagai pemangkin kepada semua untuk bekerja lebih keras demi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan SYABAS kedengaran dari En Rozlan Mohamed, State GM Melaka kepada semua.:)

-Fiza HCBO Melaka-





No comments:

Post a Comment